Thursday 31 December 2015

Kerajaan Najib tidak minat pertahankan legasi Kerajaan BN terdahulu ?

Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur


Tarikh: 28/12/2015


Kenyataan TPM ini seolah olah membayangkan beliau dan kabinet yang sedia ada secara kolektif, dibumi nyata,  tidak terbawa atau tidak berminat mempertahankan legasi kepimpinan KERAJAAN BN yang terdahulu sehingga mengungkit perjanjian-perjanjian yang melibatkan projek-projek mega yang terdahulu.

Mungkin beliau terlepas pandang dalam nada beritorik hendak menyebut bahawa 'NAJIS' dari legasi terdahulu itu lah yang memungkin kan UMNO/BN kekal berkuasa sehinggakan kabinet sekarang dapat mewarisi legasi yang sudah pasti nya memerlukan pembelaan. Tak pernah pula terdengar pemimpin terdahulu mengungkit perjanjian-perjanjian lama tetapi mereka lebih kritis kepada 'salah laku' kepimpinan masakini...

Kabinet kini mungkin sudah lupa bahawa perjanjian-perjanjian mega projek di zaman Tun Dr Mahathir melibatkan pengenalan atau pendedahan Malaysia kepada teknoloji terkini yang memerlukan pelaburan berisiko oleh para pelabur. Kerajaan mengambil pendekatan penswastaan bagi mengimbangi risiko  yang perlu ditanggung dalam projek infrastruktur jangka panjang. Sudah tentu nya ada 'icing & creamer' yang terpaksa ditawarkan kepada para pelabur untuk menarik minat dan penyertaan mereka dalam projek yang kebanyakkan nya adalah inisiatif kerajaan. Projek-projek tersebut diharap dapat menyemarakan lagi pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat dan Negara yang secara langsung dapat membiayai kos projek-projek tersebut.

Isu tidak mempertahankan legasi terdahulu lebih cocok dibawa oleh Lim Guan Eng dan gerombolan beliau sekiranya berjaya menawan Putrajaya. Buat ahli kabinet kerajaan sedia ada tumpukan lah perhatian sepenuhnya mempertahankan dan memperbaiki apa saja kelemahan dalam urusan pentadbiran kerajaan BN yang terdahulu.





Jadi lah pewaris kerajaan yang bijaksana, jangan dok salahkan yang lama

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL


Tarikh : 29/12/2015



Ini respon dari Ku Li yang pernah berada dalam cabinet Tun M satu ketika dahulu, mengenai kenyataan TPM Zahid Hamidi yang menyalahkan perjanjian berat sebelah dalam pelbagai projek ketika zaman Tun Dr Mahathir dahulu (isu ERL).

BOTTOMLINE - Jadilah pewaris pemerintah atau kerajaan yang bijaksana dan berupaya menangani apa saja permasalahan yang timbul dari keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN terdahulu. Bak kata Ku Li .. kita kena ikut dan menyesuaikan diri dan keadaan semasa walaupun perjanjian asal dibuat dari zaman Nabi Ibrahim sekalipun....





Wednesday 30 December 2015

PERKASA lancar Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL

Acara : Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir

Tarikh : 29/12/2015



Video 1 - Penerangan mengenai keadaan semasa pelajar Melayu di Mesir disampaikan oleh Presiden Kelab PERKASA Mesir, Abdul Munir Mohd Noor, pelajar tahun kedua jurusan Islamic Science di Universiti Al-Azhar, Mesir


Video 2 - PERKASA mungkin akan menimbangkan cadangan ramai cerdik pandai untuk mnegheret kerajaan Malaysia ke Mahkamah sekiranya isu biasiswa dan pembiayaan pelajar keluar Negara ini berpanjangan dan tidak diberi perhatian untuk penyelesaian



1
Bekas KM Sabah, Dato Seri Osu Haji Sukam turut hadir sama.
 2
 3
Lagu Negaraku & PERKASA
 4
Dr Amini Amir Abdullah, Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama PERKASA membacakan doa
 5
Dato' Seri Haji Salleh, Pengerusi Biro Pendidikan PERKASAn dengan ucapan aluan
 6
 7
Abdul Muin Mohd Noor, Presiden Kelab PERKASA Mesir
 8
Dato Ibrahim Ali, Presiden PERKASA
 9
Gimik pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir oleh Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang dan mantan Menteri Kewangan Malaysia
 10
Gimik pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir oleh Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang dan mantan Menteri Kewangan Malaysia

Tuesday 29 December 2015

Bajet RM160 juta ikhsan dari PM Najib memberi harapan kepada NGO

Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Deklarasi Prioriti 2016

Tarikh: 28/12/2015



Majlis anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup yang meningkat. Bottomline NGO yang ramai datang sudah menghidu bajet RM160 juta yang telah diperuntukkan kepada NGO untuk 2016. Jadi bunyi perbincangan banyak berkisar macam mana nak agihkan bajet tersebut.

Video 1 - Bacaan Deklarasi Prioriti 2016 oleh Presiden Yayasan Damai Sejahtera Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom



Video 2 - Ringkasan

1. Kegelisahan kos sara hidup pekerja swasta dan awam. Saran tindakan drastik pemantauan oleh agensi kerajaan keatas peniaga untuk mengawal harga barangan

2. Pesara (740,000) diberi kad diskaun untuk 50% potongan harga dan perkhidmatan kerana mereka adalah pengundi BN

3. Kooperasi diberi suntikan dana supaya dapat bersaing dengan peniaga untuk manafaat kepada ahli

4. YDSM diberi peranan menjadi perantara antara NGO dan pejabat TPM dan PM dan diberi peluang mengadap TPM /PM sekali atau dua dalam setahun.

5. Menyalurkan 50% daripada bajet sebanyak RM160 juta yang diumumkan oleh PM untuk kegunaan NGO melalui YDSM supaya boleh diagihkan kepada NGO-NGO yang bernaung dibawah mereka.

Yang menarik nya, Omar Osman juga secara spesifik meminta sekurang kurang nya RM300,000 diperuntukan untuk presiden NGO untuk membolehkan mereka bergerak keseluruh Malaysia untuk memastikan sokongan kepada kerajaan BN. Ikuti klip rakaman  ucapan Omar yang menyentuh agiahan RM300,000 kepada Presiden NGO.




1
 22
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday 23 December 2015

Pembahas PERKASA tunjuk kematangan berhujah

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2015



Video 1 - YDP Selangor, Abu Bakar Yahya dengan ucapan penggulungan yang sinis




Video 2 - Wakil Negeri Sembilan, yang juga ahli UMNO meminta Presiden PERKASA jangan menekan sangat UMNO




Video 3 - Wakil Pulau Pinang , Ahmad Yakqub Nazri dengan ucapan menyokong usul politik dan Ucapan Dasar Presiden.




Video 4 - Wakil Johor, Amir Hamzah menyokong usul pendidikan, agama dan ekonomi yang dibentangkan wakil dari Perak





Pakatan Harapan pergiat usaha mencari kerangka polisi bersama

Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Tarikh : 21/12/2015


Video 1 - Ringkasan

1. Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan akan diadakan pada 9/1/2016

2. Pakatan  Harapan akan fokus usaha mereka untuk mencapai kerangka polisi bersama dalam persidangan yang akan diadakan

3. Mesyuarat hari ini membincangkan isu pembebasan Anwar dan isu RM2.6 billion yang tidak mendapat jawapan yang memuaskan di Parlimen

4. PAS tidak punyai pengaruh dan kerusi di Sarawak


Video 2 -  Ringkasan

1. Lokasi Persidangan belum ditentukan lagi

2. Setiap party komponen Pakatan Harapan akan menghantar 50 orang majlis pimpinan tertinggi mereka.

3. Tumpuan persidangan ialah untuk menyelesaikan isu Polisi Bersama


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Tuesday 22 December 2015

PERKASA akan sokong parti yang pertahankan alif ba ta pada PRU14

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Tahunan ke-6 Pribumi PERKASA Malaysia

Tarikh : 20/12/2015



PERKASA akan beri sokongan kepada parti yang memperjuangkan kepentingan 'alif-ba-ta' pada PRU14 akan datang. UMNO tidak boleh tersenyum macam biasa kerana PERKASA juga melihat kearah PAS yang diharap dapat membawa perubahan selain hanya memperjuangkan Hudud semata-mata. Dalam kata lain PERKASA akan lebih berhati-hati dan berkira-kira dalam memberi sokongan kepada mana-mana parti supaya mereka tidak akan hanya menjadi budak suruhan bagi kepentingan pihak yang hendak menang pilihanraya.


Video 1 - Ucapan Perasmian oleh Tan Sri Sanusi Junid


Video 2 - Ucapan Dasar oleh Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali



1
 2
 3
 4
Ucapan aluan oleh Presiden PERKASA
 5
 6
Ucapan aluan oleh Presiden PERKASA
 7
 8
 9
 10

Sunday 20 December 2015

Asas yang terlalu berbeza - Perpaduan PAS & UMNO tidak berkemungkinan tercapai

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Tarikh : 19/12/2015


Asas ideology dan fahaman politik yang terlalu berbeza membuatkan usaha perpaduan antara UMNO dan PAS hampir mustahil. Bagaimanapun usaha untuk merapatkan silahturrahim antara mereka harus diteruskan untuk kebaikan bersama. Ikuti pandangan Presiden PERKASA mengenai tajuk ini.




Hina Islam - Wira PERKASA desak tindakan keatas Kumpulan G25

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Tarikh : 19/12/2015


Kenyataan Kumpulan G25 mengenai Khalwat mengundang kemarahan ramai umat Islam seluruh Negara. Wira PERKASA tidak terkecuali, mereka mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tegas keatas kumpulan G25 dan jurucakap mereka. Ikuti luahan perasaan mereka dalam rakanman berikut.




Terlalu banyak berahsia - Wira PERKASA tolak TPPA

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Tarikh : 19/12/2015



Banyak sangat yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Wira PERKASA sangsi dan ambil keputusan menolak TPPA dan mendesak kajian semula oleh kerajaan Maysia supaya kepentingan rakyat terutamanya orang Melayu terpelihara.




Wira PERKASA tidak mahu jadi barua UMNO pada PRU14

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Khas Tahunan Wira PERKASA Malaysia

Tarikh : 19/12/2015


Video 1 - Wira PERKASA membuat pendirian untuk tidak menyokong calon BN secara otomatik seperti PRU-PRU yang lalu dan mengambil ketetapan untuk 'tunggu dan lihat' perkembangan mutakhir. Wira PERKASA merasakan sokongan mereka dan orang Melayu amnya telah di khianati kerajaan yang sedia ada dengan pengenalan cukai GST dan kini TPPA pula.  




Video 2 - Wakil Wira PERKASA Perak, Mubin Salleh mendesak Najib berundur segera kerana telah mengkhianati dan memalukan orang Melayu dengan pelbagai skandal . Wira PERKASA juga tidak mahu lagi jadi barua kepada pemimpin UMNO pada PRU14 akan dating




1
 2
 3
 4
Tuan Syed Osman Syed Mansor, Naib Presiden PERKASA
 5
 6
 7
Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA Malaysia
 8
 9
 10