Friday 3 April 2015

Nasib baik pejabat The Malaysian Insider tak kena bakar

Lokasi : Menara KLK, Mutiara Damansara, Selangor

Acara : Demonstrasi aman oleh Jaringan Melayu Malaysia bagi membantah
laporan The Malaysian Insider yangtidak benar mengenai keputusan Hudud
oleh Majls Raja Raja Melayu

Tarikh : 2/4/2015


Jaringan Melayu Malaysia menjadi NGO yang pertama membuat himpunan aman didepan pejabat The Malaysian Insider yang terletak di Mutiara Damansara sambil mendesak supaya tindakan diambil keatas jutawan Tong Kooi Ong pemilik The Malaysian Insider, The Edge dan BFM Radio.

Selepas Solat Jumaat pada 3/4/2015, kumpulan yang sama akan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi keatas Tong Kooi Ong bagi membolehkan siasatan dibuat keatas beliau berkenaan kegiatan menghasut dan memfitnah  melalui ketiga tiga rangkaian syarikat media yang dimiliki beliau.

TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Terdahulu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Melayu, Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong telah pun ditahan Polis setelah serbuan dibuat oleh pasukan dari SKMM pada petang 30/3/2015.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 
 9
10
 11


1 comment:

  1. Akibat dari orang yang tak reti bahasa melayu.... yang sering mengINGGERISkan bahasa dan maksud bahasa melayu yang salah....
    seperti mana orang melayu yang tak reti berbahsa inggeris menafsirkan maksud bahasa inggeris yang di lihat dibaca...

    ReplyDelete