Sunday 22 February 2015

"WE WILL NEVER SURRENDER" masih lesu dan tidak bermaya

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Hari ini hari ke-12 Anwar dipenjarakan dan kali kedua himpunan ini diadakan. Tema minggu lepas "Rakyat di-liwat Najib" tetapi hari ini tema bertukar kepada "Lawan Tetap Lawan". Bersempena musim sambutan Tahun Baru Cina, pihak penganjur telah membawa kumpulan Tarian Singa untuk menghiburkan orang ramai yang berada di persekitaran SOGO.

Kehadiran kumpulan penyokong Anwar Ibrahim tidak melebihi 50 orang. Selepas Tarian Singa ucapan ringkas disampaikan oleh Nik Nazmi (Ketua AMK), Mohd Fakhrul Razi (Pemuda PAS), Adam Adli (Aktivis anak muda) sebelum disudahi oleh Nuru Nuha.

Penganjur mensasarkan 7/3/2015 sebagai kemuncak himpunan di hadapan SOGO dan menjemput orang ramai hadir sebagai tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim. Melihat kepada kelesuan penganjur mengumpul kumpulan 'anak muda' hari ini dan minggu lepas, saya ragui himpunan terakhir akan dapat lonjakkan dari segi sokongan orang ramai dan dari penyokong Anwar sendiri. Beberapa orang kenalan bekas Reformis sebaya saya turut hadir memerhati dari jauh 'budak-budak' buat kerja.

Program hari ini yang  bermula lebih kurang jam 4.45 pm dan berakhir 5.15 pm tanpa ada sebarang perarakan seperti minggu lepas..

Saya difahamkan Adam Adli dan Faris Musa (Ketua Jingga13) telah ditahan Polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang lebih kurang selepas 15 min acara berakhir.




1  Pengunjung SOGO dihiburkan oleh penyanyi jalanan. 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14  Mohd Fakhrul Razi - Pemuda PAS . Beliau berjanji Pemuda PAS akan turut serta dalam himpunan seterus nya dan akan terus berjuang untuk keadilan bagi Anwar Ibrahim
15
 16
 17  Adam Adli, aktivis orang muda
 18
19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
29  Annette Gartland (60) dari Ireland, penulis blog, wartawan sambilan, guru Bahasa Peranchis dan peminat Anwar Ibrahim. Liputan beliau boleh di perolehi di http://time2transcend.wordpress.com
 30



No comments:

Post a Comment