Friday 26 December 2014

Acara sambutan ambang tahun baru dibatalkan dan UMNO kerah ahli turun bantu mangsa banjir

Lokasi : Dataran DBKL, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Rumah Terbuka Krismas Wilayah Persekutuan

Tarikh : 25/12/2014


Video in mengandungi :-

1. Acara sambutan ambang tahun baru 2015 di Putrajaya telah dibatalkan

2. 3 lori air mineral telah dihantar ke Gua Musang oleh UMNO dan Umno juga telah mula mengerahkan jentera seluruh Malaysia untuk turun membantu dinegeri negeri yang terlibat dengan banjir

3. Pusat pengumpulan barang bantuan akan dibuka mulai hari Isnin di lobi DBKL, lobi Kementerian WP dan di Dewan Tun Razak tingkat 4 PWTC

4. DBKL juga bersedia untuk 100 orang anggota pembersihan, klinik bergerak, peralatan pembersihan, fogging, water tanker jentolak ke kawasan yang terlibat dengan banjir

5. Kementerian kewangan telah meluluskan bantuan kecemasan sebanyak RM50 juta bagi setiap negeri yang dilanda banjir

6. PM juga telah mengarahkan jentera parti turun membantu jentera kerajaan yang menjalankan kerja kerja membantu mangsa banjir

7. Ku Nan minta penggiat media sosial supaya jangan memutar belit cerita-cerita yang tidak benar mengenai bencana banjir
sehingga menimbulkan keresehan dikalangan rakyat Malaysdi Putrajaya ia.

8. Acara sambutan ambang tahun baru yang dibatalkan tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan kerajaan ia ditaja sepenuhnya oleh AmBank

9. Program selawat perdana di Masjid Putra dan Dataran Merdeka (Jalan Raja) akan tetap diteruskan pada malam ambang tahun baru. 



1  Kumpulan paderi yang membaca do bagi kesejahteraan Malaysia
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


No comments:

Post a Comment