Friday 31 October 2014

Anwar rasa penghujahan peguambela kuat dan beliau yakin akan bebas

Lokasi : Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 30/10/2014


PUTRAJAYA: Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari ketiga hari ini.

Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh menyambung sesi penghujahannya semalam pada sebelah pagi, sebelum diteruskan sesi hujah balas daripada pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dijangka diadakan di sebelah petang nanti.

Pihak pendakwa dijangka  akan membentangkan hujah bukan saintifik manakala pada pagi hari Jumaat, Muhammad Shafee memerlukan dua jam untuk menyampaikan hujah saintifik berkenaan sampel DNA tersebut.



1  Pak Din sudah kembali bertugas dengan keluarga Anwar sejak tiga bulan yang lalu setelah di minta oleh Anwar.  Pak Din sebenarnya telah memulakan perniagaan mini market di Pinggiran Bukit Jalil. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perjalanan Anwar hingga ke penghujung setelah berkhidmat lebih 15 tahun
 2  Cucu-cucu Anwar ...anak Nurul Hana
 3  Gopal Seri Ram, bekas Hakim Persekutuan yang kini mewakili Anwar
 4 
 5 "Mereka begitu hebat dalam penghujahan. Saya percaya selepas ini tiada lagi sebab atau hujah yang munasabah untuk mensabitkan saya dengan pendakwaan ini, apatah lagi ada usaha untuk menambah pula hukuman yang sedia ada,"
 6
 7
 8
 9
 10
 11  Ram Singh mewakili Anwar Ibrahim
 12
 13
 14
 15
16
 17  Anak lelaki Anwar, Mohd Ihsan

Putrajaya – Anak lelaki Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Ihsan berkata, beliau sekeluarga bersikap optimis selepas prosiding rayuan terakhir kes liwat ketua pembangkang kini masuk hari ketiga.
Berusia 27, Mohd Ihsan berkata, selagi mahkamah belum memutuskan  sama ada bapanya dibebas atau dipenjarakan, perjuangan menuntut keadilan perlu diteruskan.
“Kita optimistik dan perjuangan harus diteruskan.
“Saya rasa kita harus positif,” katanya selepas berakhirnya prosiding hari ketiga rayuan terakhir kes liwat bapanya.
Ihsan yang menetap Amerika Syarikat (AS), pulang dari  bersama isterinya dan adik perempuannya, Nurul Hana, kembali ke tanah air untuk memberikan sokongan kepada bapa mereka dan mereka meletakkan pandangan yang positif terhadap kes ini. Mereka juga amat kesal apabila pihak pendakwaan kini dilihat cuba merendah-rendahkan hujah dan bukti yang dikemukakan. Artikel penuh di SINI
18
19



2 comments:

  1. Akibat sekor binatang tak reti jaga kemaluan semua orang susah. Cuba ikut Quran buta buta pun dah selamat dah.

    Donia donia. Jual orang lebih baik dari jual onta!

    ReplyDelete
  2. To all Malaysians respected,

    Respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR and LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)
    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    Samnak sambodhi committees
    we send this message because of many people in the liar and interception at Kepong ... Please people precautions to them

    Forwarded By Mr. Lai, Jie Bao Casket

    ReplyDelete