Thursday 4 October 2012

Beri penjelasan yang sebenar dan jangan dolak dalik

Venue : Pejabat Wanita Umno Malaysia, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media khas

Date : 4/10/2012 @ 3.00 pm

Semasa pelancaran Bas Jelajah Merdeka Rakyat pada 31/8/2012 yang lalu, saya secara peribadi telha diberitahu oleh Khalid Ibrahim bahawa beliau menyewa bas tersebut untuk "initial period of four months with an option to extend another two months". Setelah tamat tempoh enam bulan beliau diberi option untuk membeli atau memulangkan semula bas tersebut.

Selepas itu pelbagai kenyataan yang bercanggah telah dikeluarkan sendiri oleh Khalid Ibrahim setelah pendedahan dan pembongkaran lanjut dilakukan oleh satu laman blog. Yang terakhir ialah bas tersebut telah disewa beli oleh Khalid Ibrahim.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Dato; Hamidah Osman sebentar tadi telah mengadakan sidang media bagi mendesak Khalid Ibrahim supaya memberi penjelasan yang sejelas jelasnya mengenai status hak milik bas yang diperkatakan tersebut bagi memadamkan segala macam cerita yang tidak konsisten yang telah dimainkan oleh media.   



No comments:

Post a Comment