Tuesday 31 July 2012

Kak Wan lancar Facebook "WANITA MALAYSIA MENENTANG JENAYAH"

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 31/7/2012





KENYATAAN MEDIA
31 JULAI 2012

Melancarkan FACEBOOK:- "WANITA MALAYSIA MENENTANG JENAYAH"

Menteri Dalam Negeri Dato 'Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pagawai Eksekutif PEMANDU Dato' Seri Idris Jala telah menghabiskan masa sepanjang Julai mempertikaikan kenyataan kami bahawa kadar jenayah telah meningkat di Malaysia. Mereka sebaliknya yakin jenayah adalah di bawah kawalan dan menurun, kerana mereka masih menunjukkan statistik jenayah yang disediakan oleh PEMANDU.

Tetapi, pada masa yang sama, mereka telah mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk memerangi jenayah, seperti MyDistress, Semakan Jenayah Online, meningkatkan pengambilan Rakan Cop dan pembiayaan serta jawatankuasa khas mengenai mangsa jenayah.Semua ini masih lagi dalam perancangan.
Apakah ini reaksi mereka terhadap kenyataan kami bahawa jenayah di Malaysia telah meningkat? Ini menunjukkan bahawa apa yang telah kami kemukakan adalah benar.

Ini meningkatkan rasa bimbang akan keselamatan ahli keluarga, rakan-rakan saya dan orang awam.

Jadi, hari ini saya melancarkan satu kempen untuk membanteras jenayah sebagai satu agenda nasional.

Sebagai seorang ibu dan nenek, saya menjemput semua ibu untuk turut serta berkempen di halaman Facebook saya "Ibu-ibu Malaysia Menentang Jenayah"


Laman Facebook ini terbuka kepada semua terutamanya wanita untuk memberikan sokongan terhadap kempen kami membenteras jenayah dan berkongsi idea bagaimana untuk menangani kadar jenayah di Malaysia.

Maklumat terkini seperti gambar, video tentang kegiatan jenayah bolehlah dikongsi bersama di halaman ini. Inilah peluang kita sebagai rakyat Malaysia untuk terlibat sama dan bekerjasama dalam menyedarkan rakyat tentang keselamatan di dalam negara kita.

Marilah kaum ibu semua, kita bersatu dalam menyuarakan perpaduan untuk memerangi jenayah. Kita mesti buktikan bahawa kita bukan kelompok minoriti. Ayuh kita bersatu dengan menyebarkan kempen ini agar suara rakyat akan menjadi lebih kuat demi keselamatan negara.

1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Monday 30 July 2012

Slogan Janji di Tepati takutkan mereka yang mungkir

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Iftar Perkasa

Date : 29/7/2012 @ 7.00 pm


Zulkifli Noordin berpandangan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya slogan Hari Kemerdekaan yang menggunakan slogan yang sama "Janji di Tepati" yang digunakan dalam kempen BN kerana menunaikan janji itu adalah bersifat universal. Semua manusia yang berjanji harus menunaikan janji janji mereka. Hanya mereka yang sering memungkiri janji akan merasa rimas dan menolak nilai universal ini.  

Saksikan bagaimana Zul menjawab soalan dari wartawan Malaysiakini... Ini mungkin hasil dari latihan yang diterima dari bekas boss beliau, Anwar Ibrahim... 


Bagi yang kurang jelas mengenai isu ini sila baca kenyataan di bawah ini..


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN RAKYAT 27 JULAI 2012

PAKATAN RAKYAT MENGAJAK RAKYAT BERSAMA MENCIPTA TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 55

Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa. Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka. Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.

Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.

Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.

Y.Bhg Dato Mustafa Ali           YB Nurul Izzah Anwar         YB Teresa Kok
Setiausaha Agung PAS           Naib Presiden PKR                 Setiausaha Pengelola DAP




Kalau ada maruah Lajim harus lepas jawatan kabinet.

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Iftar Perkasa

Date : 29/7/2012 @ 7.00 pm


Sebagai sebuah negara demokrasi, Lajim Ukin berhak membuat pilihan hala tuju politik beliau. Dengan alasan demokrasi jugalah, Lajim harus melepaskan jawatan kabinet beliau kerana beliau tidak lagi sehaluan dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Jawatan beliau ada lah atas lantikan oleh Perdana Menteri. Sebagai ahli politik lama yang seharusnya mempunyai maruah yang boleh dicontohi oleh penyokong beliau, Lajim perlu mengambil kira pandangan pandangan seperti yang dilontarkan oleh Zulkifli Noordin. Ikuti rakaman sidang media beliau...



Iftar - PERKASA, Arshad Ayub terima anugerah

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Iftar - PERKASA

Date : 29/7/2012 @ 7.00 pm


1/26
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11. Tan Sri Arshad Ayub, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan mantan Pro-Canselor UITM diberi anugerah "Bapa Modal Insan Pribumi Perkasa". Selempang dipakaikan oleh Dato' Ibrahim dan dibantu Timbalan beliau Dato Abd Rahman Bakar..

Sunday 29 July 2012

Dr Hasan sanggah Persekutuan Kristian Malaysia

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media khas oleh Dr Hasan Ali

Date : 28/7/2012 @ 12.00 pm


Ikuti rakaman sidang media ini hingga keakhir terutamanya bahagian soal jawab untuk mendapat pendangan yang menyeluruh dari Dr Hasan Ali..



KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI DAN ADUN GOMBAK SETIA

2.   ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Juilai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas tajuk “UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG”.

Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar tersebut. Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan  pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.

Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam nation building. Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8 prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan dan diluar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sebelum kemerdekaan. Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati hingga setakat ini.

Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan. Peristiwa hitam yang pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.

Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut :

a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau

b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan.

Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu. Sekiranya itulah yang akan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan.



Kemelut Hudud - Karpal vs Nasrudin

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media Dr Hasan Ali

Date : 28/7/2012 @ 12.00 pm




KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI DAN ADUN GOMBAK SETIA

1.   ISU HUDUD

Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media. Dalam debat bersama Ustaz Fathul Bari, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut dan mula memahami hasrat menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Tetapi observasi itu disanggah keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS. Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS itu dan PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu. Pemerhati politik ragu dengan dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.

Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui, Karpal dan DAP juga menyanggah saranan tersebut. Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan perkara yang sama.

Persoalannya ialah, benarkah dakwaan Karpal Singh bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.

PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Manakala yang terakhir, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud oleh PAS.    

Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan :

a) Samada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud;

b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama perjuangan PAS;

c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR

Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada pimpinan tertinggi PAS, setakat apa yang dipaparkan di dalam media, jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka, tidak diizinkan sama sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud. Negara Islam dan Hudud, daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.

Jika ini berlaku, saya amat khuatir Malaysia akan menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam proses pembangunan negara dan umat.

Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun masyarakat sudah konfius dan hilang arahtuju serta jatidiri. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular dibawah telunjuk DAP dan PKR.

Sehingga ini tidak banyak respon daripada pimpinan PAS mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu. Tidak ada seorangpun di antara mereka, pemuda, muslimat atau pimpinan pusat yang tampil kehadapan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang digasak oleh pengerusi DAP.

Begitulah longgarnya ukhuwwah dikalangan pimpinan tertinggi parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja. Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan Rakyat.



Saturday 28 July 2012

Cikgu Bard merajuk lagi ?


Banyak desas desus sana sini mengenai Cikgu Bard, dari sebelum Bersih 3, dengan ABU nya dan dengan masalah yang beliau hadapi dalam Negeri Sembilan. Baca artikel 

"Chegu Bard letak jawatan! Tak sedar2 Anwar tak inginkan diauntuk mengetahui cerita yang tengah panas diperkatakan..


Iftar - bloggers dan wakil media

Venue : Restoran Puti Bungsu Batam, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

Event : Iftar Ramadhan bersama kenalan media dan pengamal media sosial 

Date : 27/7/2012 @ 7.00 pm


Majlis petang ini lain daripada lain. Kehadiran hampir 100 orang terdiri dari pelbagai jenis pengamal media sosial dan wakil media, 'spies' dan 'counter-insurgencies individuals'. Rocky-Bru menarik diri pada saat akhir kerana sangkut dalam jam. Blogger Big Dog yang amat jarang bersama majlis dengan kumpulan sebegini turut hadir. Tahun lepas kumpulan yang hadir tidak lah seramai ini...Baca seterusnya untuk mengetahui kejutan pada majlis ini.... 

1.
2.
3. Kejutan bagai renjatan elektrik apabila Sdr Azmi blogger APA Media Team yang telah mengumumkan keluar dari kumpulan bloggers UMB telah menerima jemputan dari Tun Faisal, Pengerusi UMB sendiri untuk bersama sama di majlis ini... bersempena Ramadhan ini satu langkah yang baik.. 
4.
5.
6.
7. Wakil AgendaDaily dan Astro Awani
8.
9.
10. Armand seperti biasa tersengih cari perhatian ...LOL
11. Bersama Azmy the rebel...
12.
13. Semua hadirin memberi tumpuan kepada ucapan ringkas oleh Tun Faisal..
14.
15. Armand berjaya menarik perhatian  krew Astro Awani untuk menemuramah beliau...hehe  


Friday 27 July 2012

Bloggers UMNO / BN dalam pemerhatian


Venue : Taman Seri Andalas, Kelang, Selangor

Event : Sidang media khas oleh Raja Komando

Date : 25/6/2012 @ 11.30 am


Azmizam Zaman Huri, Ketua AMK Selangor diminta pandangan mengenai trend bloggers UMNO / BN masakini.




Thursday 26 July 2012

Point and Shoot pun banyak kelebihan

Venue : Pasar Ramadhan, Taman Melawati, Kuala Lumpur

Event : Jalan jalan cari makan

Date : 26/7/2012 @ 5.30 pm


Sekadar berkongsi pengalaman

Petang tadi saya ambil kesempatan untuk merayau santai di pasar ramadhan, Taman Melawati. Hari ini saya memilih untuk berbuka puasa dirumah bersama keluarga. Saya hanya membawa kamera point and shoot Canon Ixus 310 HS (Touch screen) untuk merakam gambar gambar yang saya berkongsi disini. Kamera jenis ini boleh digunakan secara manual (M) sepenuhnya. Tapi untuk suasana dan kadar pencahayaan yang ada, saya memilih untuk menggunakan TV mode (shutter priority) sementara ISO pula ditetapakan pada kadar 400.

Rakaman dibuat secara kandid tanpa tumpuan kepada framing dan composition. Tujuan nya untuk menguji kecekapan mata dalam kekalutan manusia membeli belah dalam kawasan yang sempit, berasap dan bising. Kesemua panca indera teruji sepenuhnya. 

Post processing pun cuma melibatkan layer framing dan water mark saja. Tiada cropping langsung..

1/24.
 2. Sejak mengetahui mengenai kencing tikus, saya cukup waspada dengan minuman air tebu. Ada pegawai kesihatan DBKL yang memberitahu saya bahawa tikus cukup suka memamah pangkal tebu dan membuat sarang selain meninggalkan kencing mereka disitu. Kencing tikus akan diserap dari pangkal tebu naik keatas melalui sistem 'osmosis'. Pengusaha air tebu hanya mencantas buang bahagian akar sedangkan kencing tikus boleh diserap naik setinggi dua kaki dari paras tanah / akar. Jadi bila tebu yang dah kena kencing tikus diperah, campuran air tebu dengan kencing tikus akan menjadi hidangan  kita berbuka puasa. Keracunan dari kencing tikus amat sukar dipulihkan... sila google untuk mendapat maklumat lanjut... 
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

'Mak Lampir' akan menghantui Najib Razak pula

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media

Date : 26/7/2012 @ 11.00 am


Sidang media khas untuk mengumumkan kempen 'Tolak Najib' oleh pergerakan Wanita PKR .,.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8. Dayangku Intan di tengah..