Wednesday 6 June 2012

Datuk Bandar cuai atau sudah dijadikan kambing hitam?

Kenyataan media tentang Cadangan Pembangunan Kompleks Sukan PKNS / Media statement on Proposed Development of PKNS Sports Complex




PKNS MESTI MEMBATALKAN CADANGAN PEMBANGUNAN KELANA JAYA

Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara keseluruhan.


Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan  bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ dan saya sendiri dibekalkan maklumat yang sama.


Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.


MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah.



Sebelum ini saya telah menggesa agar perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembentukan jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut.



Saya mengalu-alukan pengumuman tersebut untuk menyiasat sebarang salahlaku di dalam hal ini tetapi saya percaya sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat. Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera.




NIK NAZMI NIK AHMAD

AHLI DEWAN NEGERI SERI SETIA


Blog entry terdahulu  - Syarat guna tanah berubah sesuka hati


No comments:

Post a Comment