Thursday 19 April 2012

Takluk Dataran - Hari ke-enam

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event :  Sidang media bagi menerangkan serangan keatas perkhemahan oleh samseng awal pagi tadi.

Date : 19/4/2012 @ 12.00 pm

Dikhabarkan awal pagi tadi kira kira 2.30 am, sekumpulan 60 orang pemuda telah menyerang perkhemahan ini dan cuba menghalau peserta setelah merosakan khemah serta lain lain peralatan yang ada termasuk kamera dan pembesar suara.

Dikhabarkan juga pihak Polis gagal memberi bantuan yang sewajarnya walaupun mereka berada berhampiran lokasi perkhemahan.

Pemuda UMNO didakwa menjadi dalang dalam serangan tersebut kerana mereka dapat mengecam salah seorang dari penyerang tersebut yang merupakan ahli UMNO.

Terdapat beberapa NGO yang turut membantu para mahasiswa yang menduduki Dataran Merdeka. Sekretariat ad-hoc Occupy Dataran disokong oleh kumpulan dari Lynas, Bersih 3 dan Solidariti Mahasiswa Malaysia. 


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.


No comments:

Post a Comment