Wednesday 18 April 2012

Setelah 48 tahun DJ Dave layak ke Istana Budaya

Venue : Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media mengumumkan penaja bagi Konsert "Journey Through Song - Ingin bersua DJ Dave"

Date : 17/4/2012 @ 3.00pm


SIARAN MEDIA

SHAHDAVE ENTERTAINMENT dengan bangganya mempersembahkan Konsert "Journey Through Song, Ingin Bersua DJ Dave" di Istana Budaya.

Kerinduan peminat DJ Dave pasti terubat dengan menyaksikan persembahan belian selama 2 jam pada 1 hingga 3 Jun ini dengan lagu hit beliau sebanyak 35 buah lagu popular seperti Ingin Bersua, Maafkanlah, Biar, Nora, Different Kind of Lady dan lagu terbaru duet dengan Marsha "I Always Love You" di bawah arahan Pengarah muzik Eddie Marzuki.

Gabungan di antara penaja-penaja CELCOM, KL SOGO, Concorde Kuala Lumpur, Air Asia, Hard Rock Cafe dan Faizal Mustafa Photography merupakan gabungan yang padu untuk menjayakan Konsert "Journey Through Song, Ingin Bersua DJ Dave".

Pelancaran album single DJ Dave "Nyawaku" yang dicipta oleh Dato' M.Nasir turut dipersembahkan dalam bentuk muzik video yang diarahkan oleh Syafiq Datuk Yusof Haslam yang dipersembahkan julung kalinya di Hard Rock Cafe ini. Dalam single terbaru ini juga lagu "I Always Love You" duet dengan Marsha akan didendangkan secara langsung di sidang media ini.

Para peminat boleh mendapatkan single terbaru "Nyawaku" dalam pakej istimewa yang berbentuk LP yang mengadungi lagu kompilasi dan Inggeris yang akan dijual secara eksklusif dan hanya terhad di Istana Budaya semasa konsert ini berlangsung.

Tiket-tiket berharga RM53, RM83, RM123, RM183, RM303 dan RM453 boleh diperoleh di www.ticket2u.biz atau hubungi 03 4147 8600, 018 326 8001, 016 202 1445





1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.



11.
12.
13.
14.
15.
 16.
 17.
 18.
 19.
 20.
21.



No comments:

Post a Comment