Wednesday 29 February 2012

BN - Jalinan Rakyat Wanita BN Perlis

Venue : Dewan Warisan, Kangar, Perlis

Event : Program Pemantapan Jentera Pilihanraya Wanita BN Perlis

Tarikh : 25/2/2012


Wanita penentu kemenangan pihak yang bertanding dalam PRU13 akan datang, baik
Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kelebihan nampak memihak kepada
BN kerana jumlah keahlian dan gerak kerja yang lebih mantap.




1. Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu, Ust Kamal Saidin yang juga pendakwah bebas dijemput khas untuk memberi kata kata semangat kepada Wanita BN Perlis.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Penguasaan Media Baru Amat Penting

Venue : Sunway Legend Hotel, Kuala Lumpur

Event : Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jasa 2012


Tarikh : 298/2/2012




KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penguasaan media baharu amat penting dalam memastikan mesej-mesej mengenai dasar kerajaan dapat sampai kepada masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga adalah senjata utama untuk menangkis sebarang tohmahan pakatan pembangkang terhadap kerajaan.

"Sebanyak 16.7 juta orang atau 65 peratus rakyat Malaysia adalah pengguna Internet dengan 10 juta orang mempunyai akaun Facebook.

"Menerusi media sosial, kita perlu pacu minda orang ramai untuk menyuluh kebenaran dengan hujah akal bagi mempertahankan kerajaan dan dasar kita," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan dan Timbalannya, Datuk Abu Talib Harun.

Menurut Rais, adalah menjadi tanggungjawab Jasa untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan serta manfaat yang telah dibawa daripada pembangunan yang dilaksanakan.

"Kita mesti senaraikan satu persatu apa yang telah perjuangkan dan minta rakyat bersyukur serta mengenang budi kerana inilah jasa Barisan Nasional," katanya.

Katanya lagi, bagi memenangi hati masyarakat, tidak perlu segala fitnah dan tohmahan kerana hujah yang dibawa perlu berlandaskan kebenaran serta membawa pembaharuan yang menyeluruh. (www.utusan.com.my)

Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara adalah antara tetamu kehormat yang hadir


Tuesday 28 February 2012

BN - Alasan Buku Jingga di bakul sampahkan

Venue : Kolej Negeri, Green Tech Park, Seremban 2, Negeri Sembilan


Tarikh : 24/2/2012







BN - Pakatan Takut Hilang Undi Peneroka FELDA

Venue : Kolej Negeri, Green Tech Park, Seremban 2, Negeri Sembilan

Event : Maljis Perasmian Akademi Senibela Diri 'Fight Back'

Tarikh : 24/2/2012 @ 10 am




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.




BN - Jalinan Rakyat Wanita BN Negeri Sembilan

Venue : Bangunan UMNO Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan

Event : Program Pemantapan Jentera Wanita BN Negeri Sembilan

Tarikh : 24/2/2012 @ 3.00 pm


1.
2.
 3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Monday 27 February 2012

ABU - banyak kerja perlu dilakukan penganjur

Venue : Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur

Event : Pelancaran ABU (Asalkan Bukan UMNO) Peringkat Wilayah Persekutuan

Date : 17/2/2012 @ 9.30 pm


Pelancaran ABU peringkat Wilayah Persekutuan tidak nampak gah sebagai event pemula (kick-off). Kehadiran penonton boleh dikira dengan jari. Hebat lagi majlis pengenalan ABU semasa ianya di buat di Markas PAS Taman Melewar. Hari ini dua peneraju utama, Chegu Bard dan Haris Ibrahim tidak kelihatan. 

1. Mat Sabu kelihatan kelihatan ketika menunggu giliran berucap
2. 
3. Penceramah awam - dari golongan OKU
4. Penceramah awam
5. Adam Adli pelajar UPSI yang kena gantung 3 semester
6.
7. Pak Samad
8.
9. Mat Sabu
10.
11. Bawah khemah lebih kurang 200 orang saja yang boleh muat
12 Yang berlegar diluar adalah dalam 50-100 orang


Sunday 26 February 2012

Badrulamin dinasihati bercuti sebulan untuk bersihkan nama


KENYATAAN AKHBAR
AHAD, 26 FEBRUARI 2012
DR BADRULAMIN DINASIHAT BERCUTI SEBULAN UNTUK BERSIHKAN NAMA

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga  beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.
Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.
Kerajaan Negeri  berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau  dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.  
Sepanjang tempoh bercuti ini,  tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih  sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar. 
Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan. 

DIkeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



Jangan biarkan iblis jadi pihak yang ketiga

Venue : Kejadian diberitakan berlaku di sebuah bilek hotel di Pantai Balok, Kuantan

Event : Kena tangkap basah bersama isteri orang. 

Tarikh : 25/2/2012


Diberitakan Ustaz yang juga Ahli Majlis Tertinggi PKR yang sedang menghadiri permukiman kepimpinan parti di sebuah hotel di Pantai Balok telah ditangkap berdua duaan dengan isteri orang. Bilik beliau telah diserbu oleh suami wanita tersebut bersama beberapa orang lelaki lain. Diberitakan Ustaz tersebut telah dibelasah oleh suami wanita tersebut bersama kumpulan lelaki yang bersama beliau.

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon 
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron 
P.S - Sebagai seorang Ustaz beliau seharusnya lebih arif dalam hal hal yang boleh menimbulkan syak wasangka orang. Kalau betul wanita tersebut memerlukan kounseling, dapatkan lah bantuan seorang dua lagi sebagai peneman atau lakukan saja di coffee house atau sebagainya. Iblis sentiasa mencari peluang. 

Video dalam archive.



ABU - Penganjur kena bekerja keras lagi

Venue : Dewan Orang Ramai, Beranang, Selangor

Event : Pelancaran ABU ( Asalkan Bukan UMNO)

Tarikh : 23/2/2012


Melihatkan sambutan orang ramai di dua lokasi pelancaran setakat ini, nampak gaya nya penganjur ABU kena lah bekerja lebih keras lagi untuk menentukan matlamat UMNO ditolak pengundi pada PRU13 akan datang. Di Bukit Anggerik, Cheras kurang dari 500 orang yang hadir dan di Beranang pula kurang dari 200 orang.. Di kedua dua lokasi dua tonggak utama, Chegu Bard dan Harris Ibrahim gagal menghadirkan diri.. Penceramah utrama malam ini ialah Khalid Samad, MP Shah Alam yang mengambil peluang untuk membalas tuduhan parasit oleh Hasan Ali..

1.
 2.
 3.
 4.


Tun Dr Mahathir tak pernah minta jadi wakil rakyat

Venue : Dewan Warisan, Kangar, Perlis

Event : Jalinan Rakyat Wanita BN Perlis

Tarikh : 25/2/2012


Ustaz Kamal Saidin, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Terengganu dan juga pendakwah bebas berkongsi cerita mengenai Tun Dr Mahathir ketika berucap di Majlis Jalinan Rakyat Wanita BN Perlis.





Thursday 23 February 2012

Bloggers special sangat ke hingga tak boleh dikawal?

Venue : Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Bloggers bersama Ulamak dan Cendiakawan Islam

Tarikh : 18/2/2012


Bloggers tidak boleh dikawal dan kerajaan perlu mengambil pendekatan berbeza dari tindakan undang undang. Kerajaan perlu memujuk bloggers untuk bekerjasama dalam penulisan yang mengarah kesuatu matlamat. Dunia cyber tiada undang undang tidak sama dengan undang undang alam nyata - Kuda Kepang.

Pandangan saya. Masalah nya bloggers juga hidup dan membiak dialam nyata, jadi bagaimana keseimbangan dan keharmonian dapat dicapai? Setiap bloggers harus bertanggungjawab diatas segala penulisan dan pendapat yang mereka siarkan dalam blog masing masing sepertimana juga penulis penulis dan penerbit yang menerbitkan artikel mereka dalam bahan cetak dan penyiaran. 

Bloggers akan terdedah kepada berbagai macam bentuk sogokkan dan rasuah sekiranya tiada undang undang dapat mengawal penulisan mereka. Untuk buat duit bloggers cuma perlu buat penulisan yang mengugut dan mengancam sesuatu pihak. Lepas itu tunggu pihak yang berkenaan 'kau tim' dengan imbuhan tertentu... ini amat amat tidak sihat... Saya jemput perkongsian pandangan 





Wednesday 22 February 2012

JATI - Melayu mesti berani syahid

Venue : Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Pelancaran JATI

Tarikh : 21/2/2012 @ 3.00 pm


Bumi Malaysia kepunyaan Melayu yang rata rata nya Islam. Melayu mesti berani syahid dalam  mempertahankan hak mereka.. ikuti pesanan  Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria..



Tiga kali pangkah PAS bersamaan sekali Haji

Venue : Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Event : Ceramah Umum

Tarikh : 18/2/2012


Nik Aziz didakwa Zahid Mat Arip telah mealafazkan kata kata yang menyamakan pahala menunaikan Haji dengan hanya memangkah PAS dalam tiga pilihanraya. Saksikan..





Tuesday 21 February 2012

Otak Nik Aziz dah kena liwat

Venue : Bandar Kinrara, Puchong , Selangor

Event : Ceramah Umum

Tarikh : 18/2/2012 @ 10.00 pm


Nik Aziz didakwa tidak boleh membuat keputusan sendiri dan pengaruh Anwar Ibrahim dikatakan begitu menebal dalam sanubari beliau.



Monday 20 February 2012

Anwar Ibrahim diserang semasa ceramah Kluang

Venue : Pejabat PKR  Batu 4, Jalan Mersing, Lau Tek Park Industrial, Kluang, Johor

Event : Ceramah Umum

Tarikh : 19/2/2012

Dalam sidang media, Saifuddin mengatakan bahawa 3,000 penyokong menghadiri ceramah tersebut. Saya agak curiga bagaimana penyokong UMNO boleh berada begitu rapat dengan kenderaan Anwar Ibrahim sehingga boleh mengakibatkan kerosakan tanpa campur tangan para penyokoing yang seramai 3,000 orang tersebut. Berapa ramai sebenarnya samseng UMNO yang menyerang sehingga tidak berlaku "peperangan" di ceramah tersebut.

Saya cuba mendapatkan kepastian daripada beberapa kenalan dalam UMNO. Cuma SMS jawapan dibawah ini diperolehi dari Pegawai Khas, Menteri KDN.

"Maklumat dr bwh - 300 org je yg hadir la, sblh tu ada pasar malam, tmpt tu bt 3 jln mersing, kluang: bukan dlm parlimen sembrong, x de sapa upah + bg arahan pun, anwar + pkr provokasi kuat sgt kot, baling botol tu yg geng2 ni marah kot"



Keadaan kereta Anwar yang telah dibawa balik ke Ibupejabat PKR



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7. Kesan telor busuk yang masih belum dicuci jelas kelihatan