Tuesday 31 January 2012

Berbelanja Besar Kerana Keyakinan

Venue : Berhadapan Idaman Putra Kondo, Jalan Gombak, Kuala Lumpur


Masyarakat Cina Hokkien hari ini menyambut hari kelahiran Maharaja Jed (Thian-nee Kong Seh). Hari ini ialah hari kelapan Tahun Baru Cina.

Bagi Cina Hokkien, sambutan hari kelapan lebih meriah dari sambutan hari pertama Tahun Baru Cina. Tebu merupakan bahan simbolik yang penting bagi sambutan hari ke lapan.

Mengikut cerita orang orang tua, suatu ketika dahulu Cina Hokkien telah terbelengu dengan kuasa syaitan untuk suatu tempoh yang lama, sehingga lah Maharaja Jed menyelamatkan mereka pada hari kelapan Tahun Baru Cina.

Semasa pertempuran antara Maharaja Jed dengan kuasa jahat tersebut, orang Hokkien telah menyorok didalam ladang ladang tebu.

Setelah diselamatkan, orang Hokkien telah menyambut dengan sambutan kesyukuran dengan menjadikan tebu sebagai simbol untuk mengingatkan mereka akan pertempuran antara Maharaja Jed dengan syaitan.



1. Rakaman dibuat diperkarangan workshop Ah Kam, seorang pengusaha bengkel yang berjaya di Gombak. Perniagaan yang dimulakan oleh bapa beliau telah berjalan dengan jayanya sejak 40 tahun yang lalu dan merupakan antara keluarga Cina yang berjaya dikawasan Gombak ini. Kalau nak ikut standard dari segi istilah, Ah Kam ini boleh lah dikatakan tergolong dalam golongan yang 'warak'. Apa saja yang perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan kepercayaan keagamaan dan budaya Cina akan dipenuhi sebaik mungkin. Sebelah pagi beliau akan berada di bengkel seawal jam 7.30 pagi dan akan menyediakan segala keperluan 'makan dan minum' dewa dewa dan 'penjaga ghaib' disekitar kawasan perniagaan beliau. 

Ah Kam atau Kenny adalah jiran saya saya dan tinggal di blok kondominium yang sama. Kami telah berkenalan sejak zaman bujang lagi dan kini persahabatan kami telah mencecah hampir 30 tahun. Kerja beliau kemas dan janji boleh dipercayai. Itu lah Ah Kam..."Janji ada duit mau bayar semua saya boleh bikin.." hehehe
 2.
 3.
 4. Kos persiapan rumah dewa dan makanan saja mencecah RM3,000... Itu tidak termasuk kos mercun dan colok besar. 
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10. Tuak naga
 11. Biasa harga RM900 tapi ini tahun sudah naik RM1,000




 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.
 20.
 21.
 22.
 23.


1 comment:

  1. Bro, itu kepala babi depa baling kat masjid ke lepas makan? keh keh keh. Anyway nice coverage bro.

    ReplyDelete